Basis Bay lancar portal jualan komputer

Utusan Malaysia, Megabit - 3 September 2003

BASIS BAY GROUP (Basis Bay) baru-baru ini melancarkan portal perdagangan komputer eBasis Bay yang menawarkan kemudahan pembelian komputer baru, terpakai atau dipertingkatkan melalui Internet yang disasarkan untuk pelanggan syarikat.

Ketua pegawai eksekutif Basis Bay, Praba Thiagarajah berkata, portal tersebut membolehkan pelanggan untuk memberi, menjual atau meningkatkan komputer mereka dari jenis peringkat bawah, komputer desktop sehingga paling tinggi komputer `mainframe'.

Selain itu, pengguna boleh mengharapkan perkhidmatan nilai tambah seperti sokongan selepas jualan seperti pemasangan, konfigurasi, penyesuaian, ujian dan penyelenggaraan jika melanggan dari portal tersebut.

"Pengalaman kami dalam menawarkan peralatan komputer dengan sokongan tenaga profesional membolehkan kami menawarkan program jaminan yang terbaik," katanya.

Portal tersebut yang boleh diakses melalui alamat www.ebasisbay.com setakat ini menawarkan lebih 1,000 produk komputer dan berkaitan dengannya yang disasarkan untuk pelanggan perniagaan dan juga pelanggan individu.

Source: read more »